Isteri masak suami

Gambar hiasan. CWPoppets.
Seorang wanita Pakistan telah ditahan kerana disyaki membunuh suaminya, memotong dan cuba memasaknya, menurut pihak polis Karachi semalam.

Bibi Zainab, 32, ditahan berhubung kejadian pembunuhan suaminya, Ahmad Abbas, pada hari Selasa, kata pihak polis.

Anak saudara beliau yang berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, dituduh membantu Bibi menikam Ahmad Abbas sehingga mati dan mengerat badannya menjadi kepingan kecil. Bibi dikatakan mahu memasak bahagian badan suaminya supaya dia boleh melupuskan mayat tanpa dikesan. Jiran-jiran merasa curiga apabila mereka mengesan bau busuk di kawasan kejiranan mereka, kata pihak polis lagi.

Saluran satelit tempatan Pakistan, Ary News bercakap kepada Bibi di balai polis di mana dia sedang ditahan di selatan bandar Karachi. Dalam siaran temu bual lewat Khamis, beliau mengaku telah membunuh suaminya kerana suaminya mahu membuat hubungan fizikal dengan anak perempuan mereka - dan berkata dia tidak menyesali perbuatannya.

"Saya membunuh suami saya sebelum dia berani menyentuh anak perempuan saya," katanya kepada Ary News. #CNN

Ulasan

Rashid berkata…
alamak!! eeeeeeeee ..uwekk!!