Steve Jobs meninggal dunia

Steve Jobs
Hari ini tajuk berita yang tidak ketinggalan menghiasi laman-laman web berita yang ku jenguk: Steve Jobs, 56, meninggal dunia.

Siapa kah Steve Jobs yang begitu terkenal? (Siapa yang tak kenal..)

Steve Jobs adalah pengasas Apple. Beliau memulakan usahanya hanya di sebuah garaj pada tahun 1976. Idea-idea beliau menjadikan beliau dikenali sebagai genius di belakang iPad, iPhone dan komputer Mac. Pada bulan 23 Oktober, 2001, iPod diperkenalkan dalam industri muzik. Enam tahun kemudian, pada 9 Januari, 2007, iPhone mula menembusi pasaran telefon bimbit. Pada 27 Januari, 2010, beliau sekali lagi mengubah suasana industri komputer dengan memperkenalkan iPad.

Apple yang kini bernilai $351 billion adalah antara syarikat yang paling bernilai di dunia di atasi oleh syarikat gergasi Exxon Mobil.

Sebagai CEO Steve Jobs hanya bergaji $1 setahun (betul ke ni? Terbaca di Mail Online), tetapi beliau memegang 5,426 juta saham Apple dan juga 138 juta saham Disney. Kekayaan beliau dianggarkan lebih dari $5 billion.

Pada 2004, Steve mengisytiharkan yang beliau menghidap kanser pankreas dan melalui satu pembedahan pemindahan hati lima tahun kemudian. Pada Januari lalu beliau bercuti untuk menjalani rawatan sebelum meletak jawatan sebagai CEO pada bulan Ogos dan menyerahkan tugasnya kepada Tim Cook.

Dari laman web Apple.

Ulasan