Sebuah laluan bahaya di Sepanyol

King's Pathway, ada bahagian laluan telah jatuh ke bawah.
Pada tahun 1905 sebuah laluan telah dibina di pinggir tebing tanah tinggi El Chorro Gorge, tiga puluh batu dari Malaga, Sepanyol. Ianya dibina untuk para pekerja, menghubungkan dua loji janakuasa hidroelektrik. Pada tahun 2000 laluan tersebut telah ditutup kerana dua orang telah terkorban akibat terjatuh ketika menggunakannya.

Laluan pejalan kaki selebar satu meter berkenaan, El Caminito Del Rey atau juga dipanggil King's Pathway yang telah berusia lebih dari seratus tahun kini menjadi laluan bahaya. Sebahagian besar besi penyokongnya telah berkarat, berlubang, tiada tempat pengguna berpaut dan ada bahagian laluan yang telah jatuh ke bawah.

Satu projek besar-besaran dijangka akan dibuat, menjadikan laluan tersebut selamat untuk digunakan dan menjadi tarikan pelancong.

Laluan yang dibina pada 1905, di pinggir tebing tanah tinggi melangit.

Beberapa orang pendaki mencuba laluan yang dikatakan 'laluan paling merbahaya di dunia'.
#Mail Online

Walaupun laluan telah ditutup, sekumpulan pendaki telah merakamkan pengalaman mereka berjalan di situ. Mari kita lihat video dan merasai 'kegayatan' berjalan melalui King's Pathway.

Ulasan

Pondok Usang berkata…
wahh.. seramnyee...