Ada ke patut, kereta lama lebih mahal dari kereta sport baru yang canggih..
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Terbaca lah oleh ku berita tentang sebuah kereta yang dikatakan tertua di dunia, terjual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan. Kereta lama yang tak lawa tu dinamakan De Dion 'Steam Runabout' dikeluarkan di Perancis pada 1884.
Kereta tertua di dunia dilelong AS$4.6 juta
2011/10/11
WASHINGTON: Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.
Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu.
Syarikat lelongan, RM Auctions memaklumkan kereta yang mempunyai kelajuan maksimum 61 kilometer sejam dan sejak 127 tahun usianya kereta itu hanya mempunyai empat pemilik saja. Pemilik terakhirnya ialah seorang pengumpul antik, dari Texas, John O’Quinn yang membeli kereta klasik yang pertama kali menyertai satu perlumbaan kereta pada 1887 dengan harga AS$3.5 juta pada 2007.
Kereta itu juga pernah menyertai perlumbaan antara London ke Brighton.
Bagaimanapun, pemilik terbaru kereta itu tidak didedahkan kali ini.
Media Amerika bagaimanapun mendakwa ada sebuah lagi kereta yang kini terletak dalam Muzium Kereta Nasional Britain, yang turut didakwa sebagai kereta tertua di dunia. Kereta buatan British itu dikeluarkan pada 1875 oleh Robert Neville Grenville yang hanya mempunyai tiga roda. - AFP/Bharian
Berita ni buat aku berasa musykil dan pelik.. ada ke patut, sebuah kereta De Dion yang rimnya macam rim beca, lebih mahal dari sebuah kereta sport Bugatti Veyron yang serba canggih?? Cuba kita bandingkan serba sedikit spesifikasi kereta (hek eleh aku.. macam le nak beli).
Apa hal, kita tengok gambar dulu.
De Dion 'Steam Runabout'
Bugatti Veyron Super Sport
Spesifikasi:
De Dion Steam Runabout: Enjin menggunakan paling-paling pun cuma dua silinder dengan empat injap (agak je). Sistem gear dah semestinya manual.. gear satu, gear dua dan gostan. Takda radiator sebab guna boiler yang dibakar menggunakan api minyak tanah, kayu arang atau mungkin arang batu untuk menghasilkan tekanan wap. Turbocharger? Intercooler? Tak usah cerita, memang takda kalau nak dibandingkan dengan Bugatti Veyron. Pecutan 0 - 100 km/jam – tak dapat kiraan kerana kelajuan maksimum cuma sampai 61 kilometer sejam. Bentuk lebih kurang macam beca dengan bumbung takda, kena pasang payung kalau hujan. Tak seksi langsung. Harga yang diberitakan diaorang termembeli di lelongan, AS$4.6 juta.
Bugatti Veyron Super Sport: Enjin 16 silinder V8 dengan empat injap pada setiap silinder menjadikan 64 injap. Sistem gear dikawal secara automatik oleh komputer dengan tujuh kadar gear. Radiator ada sepuluh.. 3 untuk intercooler, 3 untuk enjin, 1 untuk sistem penghawa dingin, 1 untuk minyak gear, 1 untuk pelbagai minyak dan 1 untuk minyak enjin. Pecutan 0 - 100 km/jam dalam masa 2.46 saat. Kelajuan maksimum mencapai 431 km/jam. Bentuk sporty. Lawa lagi. Meleleh air liur mnengoknya, boleh termimpi. Harga sekitar AS$2.5 juta.
Ulasan