Wanita dihukum 10 sebatan.. kerana memandu

Di negara kita, wanita yang telah mempunyai lesen memandu yang sah adalah dibenarkan menunggang motosikal, memandu kereta, bas atau lori. 'Steamroller' pun boleh mereka pandu asalkan mereka punya lesen memandu kenderaan berkenaan. Selagi mereka larat, pandulah kereta dari pagi hingga ke malam, tiada siapa boleh menyalahkan kecuali mereka membuat kesalahan lalulintas. Kalau ada yang menyalahkan pun mungkin suami mereka yang marahkan mereka asyik seharian memandu kereta ke hulu ke hilir.

Yang jelasnya di negara kita, wanita dibolehkan memandu. Tetapi tidak di
Arab Saudi.

Wanita Arab Saudi dijangka akan dibenarkan
mengundi, tetapi memandu masih tetap diharamkan.
Baru-baru ini sebuah mahkamah di Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman kepada seorang wanita dengan 10 sebatan kerana melanggar larangan negara terhadap wanita memandu. Wanita yang hanya dikenali sebagai Shema, didapati bersalah memandu di Jeddah pada bulan Julai lalu.

Women2drive, persatuan yang berkempen untuk wanita dibenarkan memandu di Arab Saudi berkata, wanita terbabit telah membuat rayuan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ramai wanita telah memandu kenderaan di bandar-bandar Arab dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada pemerintahan beraja itu untuk menukar undang-undang berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan dua hari selepas pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan wanita akan dibenarkan untuk mengundi buat kali pertama pada tahun 2015.

Dua orang wanita lagi dikehendaki hadir di mahkamah pada akhir tahun ini atas tuduhan yang sama, wartawan berkata. #BBC News

Ulasan