Tertangkap, makcik-makcik Romania mencuri barang kemas

Siapa sangka, sekumpulan empat orang makcik-makcik Romania berjaya mengebas barang kemas dari sebuah kedai tanpa menggunakan sebarang kekerasan bersenjata.

Kejadian berlaku di kedai Sunny Jewellers di Leicester pada bulan Jun lalu. Taktik yang mereka gunakan adalah dengan mengalihkan perhatian pembantu kedai manakala salah seorang dari mereka memasukan sedulang barang kemas bernilai £54,000 ke dalam kocek khas di skirtnya – bersama dulang sekali.

Terakam di CCTV, pencuri memasukan barang kemas
ke dalam saku besar di skirtnya.
Mereka kemudian keluar dari kedai dan melarikan diri bersama barang kemas dengan menaiki sebuah kereta BMW 5-series yang dipandu oleh seorang lagi ahli kumpulan makcik-makcik pencuri berkenaan.

Aksi mereka telah dirakam di CCTV dengan jelas. Keempat-empat mereka telah ditangkap. Dua orang dari mereka dijatuhi hukuman penjara. Bagaimanapun, barang kemas yang dicuri tidak ditemui. #Mail Online

Video rakaman dari CCTV,

Ulasan

Unknown berkata…
huiiii berani jeh..macam tak sangka pun ye