Petani Brazil yang punya 50 orang anak

Seorang petani di Rio Grande do Norte, Brazil, adalah bapa kepada 50 orang anak. Dia mendapat anak dengan empat orang wanita - termasuk dua beradik serta ibu mereka sekali.

Luiz Costa de Oliveira, 90, mengakui dia tidak mengingati semua nama anak-anaknya dan menjelaskan mungkin terdapat lebih ramai. Dia berkata: "Saya kemungkinan mempunyai anak-anak lain di luar sana yang saya tidak tahu kerana saya sentiasa suka membuat hubungan seks.

Daddy cool.. diaorang kata.

Luiz mendapat 17 orang anak dengan isteri pertamanya.

Selain dari isteri pertamanya yang kini telah pun meninggal dunia, dia mendapat 17 orang anak dengan Maria Francisca da Silva, kini 64.

Dalam masa yang sama, Luiz juga membuat hubungan dengan adik Maria, Ozelita. Bersama Ozelita yang kini berusia 58 tahun Luiz mendapat 15 orang anak.

Tidak hanya sampai di situ saja, ibu kedua beradik yang juga ibu mertua Luiz, kini 89, pun turut Luiz gagahi sehingga mendapat seorang anak. Phh! Gila.. kurang asam dan terlebih viagra sungguh petani ini.

Luiz mempunyai lebih daripada 100 orang cucu dan 30 cicit.

Menurut Maria Francisca: "Hobi Luiz hanya melakukan hubungan seks". Luiz Costa de Oliveira pula berkata: "Perkara terbaik Tuhan jadikan di dunia adalah wanita." #The Sun

Ulasan