Lelaki Ireland cuba seludup satu kilo kokain.. dengan menelannya

Perut yang sarat dengan kokain.
Seorang lelaki Ireland telah ditangkap ketika cuba menyeludup kokain keluar dari Brazil dengan menyembunyikannya di dalam perut. Lelaki berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai P.B.B. ditahan ketika cuba menaiki penerbangan balik ke Eropah dari lapangan terbang Sao Paolo's Congonhas. Dia mampu menyumbatkan 72 bag mengandungi kokain berjumlah hampir satu kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan 150,000 euro, melalui mulutnya, menurut polis.
# Mail Online

Ulasan