Kereta di atas bumbung

Jom kita lihat beberapa gambar kemalangan yang berakhir dengan kereta terperangkap di atas bumbung.

Seorang wanita berhenti untuk melihat keindahan yang menakjubkan dari jalan
yang tinggi di
Alassio di utara Itali. Oleh kerana terlalu ghairah untuk mengambil
gambar, dia keluar dari keretanya tanpa menarik handbrake. Begini lah jadinya
setelah keretanya bergerak sendiri menuruni jalan lalu memecahkan tembok
penghadang dan terus menjunam ke atas bumbung rumah bersebelahan. Tiada yang
tercedera dalam kejadian berkenaan.

Seorang pemandu mabuk 'mendaratkan' keretanya di atas bumbung sebuah rumah.
Pemandu berkenaan cedera parah. Kejadian berlaku di Stadtprozelten, Jerman.

Sebuah kereta yang dipandu terlalu laju terbabas, melanggar bonjolan tanah yang
tinggi lalu 'terbang' dan mendarat di atas bumbung sebuah gereja di
Limbach-Oberfrohna, Jerman.

Yang ni kereta terjojol keluar dari tembok.

Secara tidak sengaja, pemandu telah mengundurkan keretanya dan melanggar
tembok di tempat letak kereta tingkat tujuh bangunan Bank of America di Oklahoma.

Ulasan