|
Bagaikan penggusti dewasa, kanak-kanak ini bersedia untuk masuk ke gelanggang. |
Kanak-kanak semuda 8 dan 9 tahun telah dirakam terlibat dalam perlawanan gusti di sebuah kelab sosial. Tanpa menggunakan pelindung kepala dan sebarang pelindung lain, kanak-kanak berkenaan berlawan di gelanggang bersangkar di Greenlands Labour Club, Preston.
|
Ganas: Tanpa sebarang alat perlindungan, mereka bergelut di atas kanvas. |
Berikutan perlawanan, para doktor dan persatuan kebajikan kanak-kanak telah mengecamnya dan meminta perlawanan sebegitu diharamkan. Menurut mereka dengan ketiadaan pelindung kepala boleh menyebabkan kecederaan pada otak dan kematian.
Rosie Carter, dari persatuan kebajikan kanak-kanak Safechild, berkata: 'Ini adalah penyakit, benar-benar memalukan dan saya akan memanggil pihak khidmat sosial bertindak.' Menurutnya lagi: 'Saya tidak boleh percaya ibu bapa membenarkan anak-anak muda mereka mengambil bahagian dalam keganasan ini.' #
Mail Online
Ulasan