Saat mencemaskan seorang pengayuh kayak berkayak menuruni air terjun hampir seratus kaki tinggi. Gambar-gambar aksi dirakam oleh seorang jurufoto dan juruvideo sukan ekstrem, Lucas Gilman.
|
Menjunam ke dalam air dan tenggelam selama beberapa saat. |
|
Kemudian timbul semula. |
Jesse Coombs, 40, selamat dan menjadi orang pertama yang berjaya berkayak menuruni Abiqua Falls di Oregon, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, dia mendapat kecederaan pada bahu dan paru-paru.
Sebelum percubaan Jesse, seorang atlet pernah mencuba berkayak menuruni air terjun tersebut - Tim Gross terkehel kedua belah lututnya kerana tersilap langkah semasa menjunam.
Hanya satu minggu selepas kejayaan Jesse ini pada bulan April lalu, pemegang rekod kayak dunia, Tyler Bradt mengalami patah tulang belakang setelah mencuba berkayak di air terjun yang sama. Bradt, pemegang rekod bagi berkayak di air terjun tertinggi iaitu 180 kaki, dikhuatiri tidak akan dapat berjalan lagi. #
Mail Online
Ulasan