Sikit tentang iklan dan gambar iklan

Iklan. Macam-macam diaorang buat. Dengan kenyataan yang dicipta begitu rapi, begitu meyakinkan tetapi kekadang tersembunyi seribu alasan, contoh (ni cuma contoh ringkas je, ada ke takda aku tak tanggung jawab): Sebuah syarikat bas ekspres meletakan papan iklan dengan kenyataan,'Naik lah Bas Laju-lajuan Sdn. Bhd. Kami menyediakan perhidmatan yang lebih pantas dan cepat'

Dipendekan cerita, maka ada seorang penumpang menaiki bas syarikat berkenaan hanya lantaran kata-kata iklan tersebut. Sampai di destinasi, penumpang tadi turun dari bas sambil mengeluh, "Huh.. lambat. Kata bas ni lebih cepat dari bas lain.." Haa.. di sini lah kelirunya si penumpang ni. Cuba lihat ayat iklan berkenaan betul-betul. Mana ada iklan tu kata lebih pantas dan cepat dari bas lain. Tanpa noktah di akhir ayat, banyak yang boleh dimaksudkan. Mungkin.. Kami menyediakan perhidmatan yang lebih pantas dan cepat dari hanya berjalan kaki!!

Gambar makwe lama
Kita tengok pulak gambar wajah model di iklan kosmetik, yang ku petik dari Mail Online. Wah punya lah cantik Julia Roberts. Kulit mukanya kelihatan sangat lah licin dan lembut bak sutera. Tiada cacat celanya.. cuma ada lah sikit tompok hitam kecil di bawah mata.

Betul ke kulit mukanya kini sebegini halus? Tentu lah tidak. Ini kan iklan. Orangnya disolek. Dah digambar, gambarnya pun disolek. Di'airbrushing' kata ongputih. Gambar iklan berkenaan telah diharamkan penyiarannya oleh Advertising Standards Authority UK setelah ada rungutan mengenainya. Menurut mereka, gambar tersebut terlebih 'airbrushing' dan mengelirukan.

Ya la, kalau gambar iklan tu gambar Julia Roberts, yang bawah ni gambar siapa pulak? Nampak urat di dahi, berkedut di pipi? Takkan lah mak dia?

"Nampak benor mnipunya", kata Usuf dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung.

Orang pompuan terutamanya, jangan terpengaruh sangat dengan gambar iklan, percaya setelah memakai produk mereka wajah anda akan bertukar menjadi sehalus wajah model yang gambar sebenarnya telah 'disolek'.

Pasti kah anda, bahawa model iklan kosmetik menggunakan kosmetik yang mereka iklankan? Tentu saja anda tidak pasti.

'Sekiranya anda kelihatan cantik setelah memakai alat solek, sebenarnya anda memang cantik walau tak pakai alat solek.' Ewaah.. macam kata pujangga.

Ok la. Nak cerita banyak tentang benda-benda kosmetik ni bukan aku faham sangat. Pakai bedak pun cuma tarok bawah ketiak je.

Assalam..

Ulasan

nur easy berkata…
iklan ni mmg ada impak besar.. kdg2 xplu cepat tpengaruh dgn iklan ;)