Bumi di mana kita (manusia) dan jutaan spesies lain tinggal, mempunyai keluasan permukaan lebih kurang 510,065,600 kilometer persegi. Phh.. punya lah besar bumi kita ni tapi kecil la pulak jika dibandingkan dengan matahari yang keluasannya 11,990 kali keluasan permukaan bumi.
Sebegitu besarnya matahari, ia hanya sebutir bintang yang terletak di tengah-tengah Sistem Suria. Dan Sistem Suria yang tersangat luas terbentang itu pun masih boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan galaksi di mana ia berada iaitu Galaksi Bima Sakti (Milky Way), dianggarkan mengandungi 200 hingga 400 billion bintang dan 50 billion planet.
Berapa luas Bima Sakti? - 100,000 tahun cahaya garis pusat x 1,000 tahun cahaya tebal (satu tahun cahaya mewakili sekitar enam trillion batu!). Tersangat-sangat la luas.. beyond imagination, kata ongputih.
Bagaimanapun, jika anda menyangka tiada lagi bandingan yang boleh membuatkan Bima Sakti kelihatan kecil, anda salah. Bima Sakti boleh diandaikan hanya sebesar lubang jarum di alam semesta yang menempatkan 170 billion galaksi!!!
– Dan jangan lah kita lupa.. biar bagaimana besar dan agung sesuatu itu, ia pun masih kerdil di sisiNya. Allah Maha Pencipta dapat merubah segalanya dalam sekelip mata.
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. (Al-Furqaan 25:61)
Sebahagian Bima Sakti yang kelihatan dari bumi. |

Ulasan
:)