10Gambar, bahagian 4

Klik gambar untuk terus ke sumber.

SSC Tuatara menggunakan enjin twin-turbocharge 7 liter V8  menghasilkan 1,350bhp. Diberitakan berupaya memecut sehingga 275 bsj, melebihi kelajuan teratas Bugatti Veyron.

Lagi bangkai misteri di tepi pantai? Ada-ada saja.

Gunung Lokon di Tomohon, Sulawesi Utara, Indonesia, meletus lagi.

Dengan meletakkan ratu lebah, Wang Dalin berjaya menarik 26.86 kg lebah mengerumuni tubuhnya selama satu jam, menjadikan beliau pemenang dalam pertandingan 'bee-bearding' (mengjanggut lebah?) di Shaoyang, China

Kemana sahaja, Mrs Tibbs, 37, akan membawa lima ekor monyet kesayangannya.

Ini adalah gambar keratan berita – Kamariah, seorang wanita pengikut ajaran sesat Ayah Pin cuba mendapatkan hak dan kebebasan menganut mana-mana agama. Dalam ertikata lain, wanita berkenaan memohon agar dia dibolehkan murtad. Astaghfirullah! Dah gila ke dia ni? Bagaimanapun, mahkamah menolak atas alasan ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil.

Untuk mengelak dari membayar tiket parking, pemilik kereta telah meletak kereta Alfa Romeonya di dermaga – ketika air surut. Dan bila air pasang..

16 kaki dan 16 tangan, bergerak bagai lipan. Itulah yang dilakukan oleh kumpulan renang synchronise Itali dalam sebahagian rutin mereka di kejohanan dunia di Shanghai.

Kelihatan comel tapi juga menakutkan kerana keunikan bentuknya. Amfibia dengan insang di luar badan, haiwan ini berkait rapat dengan salamander. Ianya dipanggil Mexican Axolottls.

Ulasan