Laman web sejuta piksel

Menjana pendapatan jutaan ringgit dengan hanya membuka satu mukasurat lelaman web? Agak mustahil kalau kita fikirkan.

Pada Ogos 2005 Alex Tew, 21, seorang pelajar dari Cricklade di Wiltshire, England, mendapat idea untuk membuka 'The Million Dollar Homepage' dengan paparan sejuta piksel (1,000 x 1,000 piksel).

Alex memulakan usaha dengan modal €50 untuk membayar pendaftaran nama domain dan pakej asas web-hosting. Setiap piksel di laman webnya dijual dengan harga AS$1 dalam bentuk blok (10 x 10 piksel) menjadikan jualan berharga sekurang-kurangnya AS$100. Pembeli boleh meletakkan imej mereka, logo dan iklan beserta hyperlink.

Bermula dari 26 Ogos 2005, setiap piksel habis dijual pada 1 Januari 2006. Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan, 1,000 piksel terakhir dilelong di eBay dan terjual dengan bidaan tertinggi iaitu AS$38,100, menjadikan keseluruhan pendapatan kasar 'The Million Dollar Homepage' yang hanya satu muka itu.. AS$1,037,100.00!!! Phh..

Kejayaan membuat Alex terkenal dan banyak laman web yang tumbuh bagai cendawan selepas itu, meniru menjual piksel tetapi tiada yang berjaya sebagaimana laman web asal yang diilhamkan oleh Alex. Pada 2008 beliau mengasaskan Popjam, satu gabungan internet dan perniagaan rangkaian sosial.

The Million Dollar Homepage. Klik imej untuk ke laman web berkenaan.
# Wikipedia

Ulasan