Rumah di pinggir hutan

Dengan bangganya.. aku telah membuat sebuah rumah persinggahan di pinggir hutan, tak jauh dari ladang kelapa sawit ku yang beratus-ratus ekar tu.


Minat ku bermain pondok-pondok dan pernah membuat pondok kecil di atas pokok semasa aku bebudak dulu, telah mendorong aku membuat rumah yang penuh ketenangan ini, tiada hiruk-pikuk atau terdengar hilai ketawa ahli mesyuarat tingkap.


Biarpun ianya dibina jauh dari pandangan umum, rumah pinggir hutan ini tidak ku buat sambil lewa.


Aku telah mengupah hanya tukang-tukang yang mahir dengan bahan binaan terbaik. Perabut serta perkakas rumah yang lain, semuanya aku tempah khas. Tak banyak mana pun aku berbelanja untuk menyempurnakan rumah idaman ku ini.. ada la beberapa juta. Tak luak pun duit aku sebab aku memang orang kaya, kaaya sangat.


Lihat lah pintu bulat ni, berapa punya cantik.


Tempat relax, baca buku. Jam besar tu tak hidup, dah rosak. Maklum la, benda tu barangan terpakai aku beli kat Rengit. Aku anggap ianya barang antik yang tak ternilai. Jadi, aku letak je di situ sebagai perhiasan.


Sebuah rumah yang harmoni dengan keadaan sekeliling.

– Hihihi.. jangan marah la ye.

Yang ni fakta sebenar
: Rumah dibina oleh Robert Harvey Oshatz di sebuah hutan di Portland, Oregon. Bermula dari membuat reka bentuk pada 1997 dan siap dibina pada 2004. - sumber

Ulasan

Farrah MF berkata…
Tak kan keluar rumah kalau dapat rumah macam nih :)
Orandableg berkata…
kalau sorang-sorang, jangan. hiii.. takut.