Pada petang hari Jumaat lalu, hujung jari kelingking tangan kiri ku terluka kerana terkena serpihan besi hujung 'punch' yang patah semasa aku mengetuknya untuk mengeluarkan bearing sebuah mesin. Lukanya kecil sahaja seperti luka tercucuk jarum tetapi darah banyak keluar. Aku bersihkan luka kemudian tampal dengan handyplast lalu aku menyambung kerja ku.
Pada keesokan harinya aku dapati hujung jari kelingking ku itu agak bengkak dan terasa amat pedih bila ditekan. Aku mengambil keputusan untuk ke hospital. Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, setelah mendaftar aku duduk di kerusi bersama seorang anak saudara ku yang bercadang menolong ku membuat kerja selepas ini, menunggu berhampiran pintu kuning ward kecemasan. Ada lah lima belas minit aku duduk menunggu.
Nama ku dipanggil dan aku pun masuk mengadu hal kepada doktor sambil menunjukkan jari ku (bukan tunjuk jari yang mengejek tu). Setelah memeriksa, doktor tu berkata, "Kena buat x-ray dulu." Dia memberi sekeping surat untuk diberikan kepada pegawai bertugas di bilik x-ray.
Selesai saja upacara mengx-ray tangan ku, aku berjumpa semula doktor tadi lalu menyerahkan 'film' x-ray yang ku terima dari bilik x-ray. Dia dengan segera membelek-belek film berkenaan bersama seorang lagi rakan setugasnya. "Was wes was wes", aku dengar diorang berbincang dalam bahasa ongputih.
"Awak kena masuk wad", doktor wanita India yang tinggi lampai tu berkata kepada ku. Alamak! "Eh, luka macam tu kecik takkan masuk ward, doktor?" aku terkejut, bertanya. "'Actually', ada serpihan besi di jari awak", dia berkata sambil menunjukkan film x-ray kepada ku. Aku tengok, lak ye la. Cantik je serpihan besi yang sebesar bola mata pen tu duduk kat dalam daging hujung jari kelingking ku, hampir dengan tulang. Patut lah bengkak walaupun lukanya cuma lubang kecil. Heran juga macamana serpihan besi tu boleh melenting begitu kuat hingga 'tertembak' ke dalam jari ku.
"Doktor, boleh tak serpihan tu dikeluarkan kat sini juga, tak payah masuk ward?" aku bertanya, cuba mengelak dari dimasukkan ke wad. "Bukan tak boleh. Cuma kita takut ada jangkitan atau efek lain sebab kita pun tak tau lagi besi karat atau tidak. Kalau masuk wad kita boleh 'monitor' sekali", doktor tu memberi penjelasan. Beberapa ketika juga aku termangu. Terpaksa lah aku batalkan niat ku untuk pergi bekerja hari itu. Mau tak mau dengan berat hati aku jawab, "Ok la kalau macam tu."
Aku ditempatkan di wad 3. Setelah mengenakan pakaian pesakit, aku pun duduk di katil. Kemudian datang seorang doktor dan seorang jururawat memeriksa keadaan ku, mengambil sample darah dan memberi satu 'injection' di lengan kiri ku. Dia kata aku hanya perlu melalui satu pembedahan kecil yang akan dilakukan pada hari tu juga.
Di katil sebelah kiri ku lihat seorang lelaki Cina berbalut kaki kanan hingga ke paras lutut. Di katil sebelah kanan, seorang pakcik berbalut jari ibu. Di hujung sekali sebelah tingkap, seorang lelaki India berbalut kaki kiri dengan di tarik oleh tali yang digantungkan beban. Di empat katil baris hadapan, ku lihat semua mereka bersimen di tangan, ada yang sebelah kanan, ada yang kiri. Semuanya cedera 'berat'. Cuma aku, tak berbalut apa-apa pun, hanya pakaian saja yang menunjukkan aku adalah pesakit di situ.
Tak lama kemudian, aku mula menegur pesakit-pesakit, berbual-bual dengan pakcik dan lelaki India tersebut. Aku dapati lelaki India berkenaan walau dalam keadaan cedera begitu, seorang yang lucu, suka berjenaka. Hilang bosan mendengar dia bercerita.
Petang tu isteri ku, anak-anak dan ibu mertua ku datang melawat ku. Isteri ku amat terperanjat semasa aku menelefon mengatakan aku dimasukkan ke ward hospital. Dia menyangka aku mendapat kemalangan. Aku cepat mengatakan," takda apa-apa. Cuma pasal jari yang luka semalam." Mereka pulang sebelum maghrib membawa pulang anak saudara ku yang sejak awal menemani aku di wad, tak jadi menolong aku bekerja.
Sepulangnya ahli keluarga ku itu, aku berbual-bual dengan Tony, lelaki Cina yang berada di katil sebelah kiri. Bual punya bual, Tony mengajak ku keluar 'mencari angin'. Aku bersetuju. Dia turun dari katil dan duduk di kerusi roda lalu aku menolaknya keluar dari wad setelah meminta kebenaran dari jururawat yang bertugas. Keluar kejap, aku kata. Agak sunyi dan jauh dari wad, berhampiran tempat letak kereta sebelah belakang hospital, aku berhenti.
Tony mengeluarkan sebungkus rokok lalu memasang sebatang di mulutnya. "Haiya, tak hisap rokok tak boleh tahan", dia berkata, menghembuskan asap rokok. "Lu mau ka?" tanya dia sambil menghulurkan bungkusan rokok kepada ku. Apa lagi.. pas pus la kami berdua menghisap rokok di kawasan yang memang kami tahu kawasan larangan merokok.
Tiba-tiba tanpa kami sangka, lalu lah seorang pegawai keselamatan hospital dengan menaiki motosikal. "Wah, hisap rokok ye", katanya setelah memberhentikan motosikal di hadapan kami. "Sori, sori", kata Tony sambil membuang rokok yang hampir habis ke dalam longkang berhampiran. Aku hanya mendiamkan diri, menjatuhkan rokok dan memijaknya lalu dengan segera menolak kerusi roda Tony pulang ke arah wad. Laju je aku berjalan. Aku lihat abang guard tu hanya menggelengkan kepalanya. Sampai di wad Tony berkata kepada ku,"Tak la apa punya. Kita liam-liam sulah." Aku cuma ketawa saja tapi sebenarnya aku cuak juga. Maklum la, kalau ikutkan kami berdua boleh kena denda.
Pada lebih kurang pukul 9.00 malam, jururawat memanggil ku ke bilik rawatan (bukan bilik bedah) di wad 3 itu juga. Di situ lah pembedahan kecil ke atas jari ku dibuat oleh doktor. Aku berbaring di satu tempat khas. Tangan ku diletakkan di atas tempat seakan-akan meja kecil, ditutup dengan kain hijau. Hanya dua jari dikeluarkan dari celah lubang yang ada pada kain tersebut. Tiga 'injection' ubat bius diberi oleh doktor pada pangkal jari kelingking ku. Phh.. berdenyut rasa. Macam nak terkencing pun ada.
Sekitar lima minit kemudian jari ku terasa tebal, kebas. Doktor memicit hujung jari ku seraya bertanya,"Sakit tak?" "Tak", aku jawab. Dia pun mengambil pisau lalu memotong satu garisan betul-betul di atas lubang luka. Memancut darah! Aku memalingkan muka ku ke arah lain. Walaupun tak terasa apa-apa tapi ngeri pulak aku nak nengok. Lama juga doktor tu terkorek-korek mencari serpihan besi yang bersembunyi di dalam daging hujung jari kelingking ku itu. Agak susah, kata doktor, benda kecil dan darah terus keluar menutup luka. Akhirnya, doktor bersuara,"Ini dia." Aku menoleh dan melihat 'duri dalam daging' yang telah pun berada di hujung penyepit di tangan doktor berkenaan. Lega. Esok kalau tak ada masalah lain, aku boleh balik, kata doktor. Yaaahu!!
Selesai semuanya, aku pun pulang ke katil ku dengan hujung jari kelingking ku berbalut. Pesakit-pesakit lain memerhatikan, ingin tahu. Pakcik di katil sebelah bertanya,"Macamana?" "Dah siap, besok boleh balik", aku tersenyum menjawab.
Malam tu lelaki India di katil hujung tu buat lawak. Dia meluruskan tangan kiri sambil tangan kanan memicit lengan. "Hei misi, you enjek ubat apa ha. You tengok tangan saya, keras macam ubi kayu", dia berkata kepada jururawat lalu tersengih dengan hujung lidahnya terjelir sedikit. Semua orang ketawa. Sakit perut aku dibuatnya. Teringat aku kepada seorang pelawak tahun 60an, M. Zain yang berlakon sebagai Labu dalam filem Labu Labi. Macam tu la lawaknya lelaki India tersebut.
Keesokan harinya (19/6/11), setelah pemeriksaan doktor pada waktu hampir tengahari, aku dibenarkan pulang. Lebih-kurang pukul 2.30 petang aku pergi mengambil ubat, bayar bill, kembali lagi ke wad mengambil surat pengesahan doktor, bersalam-salaman, lalu aku pun pulang dengan memandu kereta buruk ku yang dua hari tersadai di tempat letak kereta hospital. Biarpun tak se ekstrim mana, pengalaman ini pastinya tak dapat ku lupakan.

M. Zain. Gambar dari www.sinemamalaysia.com.my |
Keesokan harinya (19/6/11), setelah pemeriksaan doktor pada waktu hampir tengahari, aku dibenarkan pulang. Lebih-kurang pukul 2.30 petang aku pergi mengambil ubat, bayar bill, kembali lagi ke wad mengambil surat pengesahan doktor, bersalam-salaman, lalu aku pun pulang dengan memandu kereta buruk ku yang dua hari tersadai di tempat letak kereta hospital. Biarpun tak se ekstrim mana, pengalaman ini pastinya tak dapat ku lupakan.
Gambar poster amaran. Google Images. Poster yang lebih kurang serupa ada ditampal di dinding ruang rehat berhampiran pintu wad 3. |
Ulasan