2011/06/07
JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini meminta supaya penggunaan istilah "mantan" untuk merujuk kepada bekas Perdana Menteri atau bekas Ketua Polis Negara, dikaji semula.
Beliau berkata, istilah mantan itu digunakan secara meluas di Indonesia dan sebenarnya ia memberi maksud "orang yang tidak bekerja". "Kita di sini tanpa usul periksa suka mengambil perkataan luar seperti mantan. Janganlah kita begitu mudah meniru perkataan dari Indonesia tanpa faham erti sebenarnya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia di Dewan Petaling hari ini.
Beliau hairan mengapa sesetengah pihak di negara ini terlalu beria-ia mengambil bahasa luar untuk disesuaikan dengan keadaan masyarakat tempatan tetapi meminggirkan istilah yang sedia ada dalam bahasa kebangsaan.
"Sikap saudara-saudara semua yang tetap menggunakan 'bekas' untuk menggambarkan persatuan anda amat saya gemari. Bayangkan jika terjadi begini...Persatuan Mantan Polis. Tahniah kepada saudara semua kerana tetap menggunakan bahasa kebangsaan," katanya.
Sehubungan itu, Rais meminta Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat kajian mengenai penggunaan istilah ini.
Menurut laman pencinta bahasa Indonesia, istilah mantan diperkenalkan oleh seorang tokoh bahasa Indonesia, Profesor Dr Anton Moeliono. Perkataan mantan juga digambarkan sebagai bekas isteri atau suami, orang Indonesia juga menggunakan istilah "pensiun" atau "eks" yang dicedok daripada bahasa Inggeris.
Perkataan itu tidak pernah wujud dalam penggunaan seharian rakyat Malaysia sehinggalah media negara ini sendiri yang mencedok istilah Indonesia itu untuk digunakan, sekali gus menggantikan istilah "bekas" yang sedia ada dalam bahasa kebangsaan.
– Berita ini ku cedok dari BERNAMA/Bharian
Ya tak ya juga. "Eh, itu mantan makwe aku." Haa, kan janggal bunyinya. Dan jika 'mantan' menggantikan 'bekas', ayat boleh jadi macam ni, "Ahmad menuangkan air masak suam ke dalam mantan air. Kemudian dia memasukkan nasi serta lauk ke mantan makanan.. " (Hehe.. saja kata. Jangan dijadikan rujukan pulak)

Ulasan
http://www.youtube.com/watch?v=9cEmn6mVfLY&feature=related
:)