Gambar Billy the Kid terjual dengan harga £1.4 juta

Billy the Kid, penjenayah legenda zaman koboi. Kisahnya ada dibukukan dan dijadikan filem. Pelik, penjenayah ni disanjung-sanjung.

Dilahirkan sebagai Henry McCarty tetapi dikenali dengan nama William H. Bonney atau Henry Antrim. Billy the Kid adalah gelarannya yang terkenal sehingga kini.

Dia pernah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung oleh mahkamah di atas pembunuhan seorang sherif pada 1878. Bagaimanapun, dia dapat melepaskan diri dari tahanan. Pada 14 Julai 1881, Sheriff Patrick Floyd Garrett telah berjaya memburu dan membunuh Billy the Kid, berusia 22 tahun.

Gambar Billy the Kid yang berkemungkinan diambil
setahun-dua sebelum kematiannya.
Baru-baru ini, sekeping gambar 'tintype' (satu teknik awal fotografi yang menggunakan kepingan logam) disahkan gambar asli Billy the Kid telah terjual di satu lelongan di Denver, Colorado dengan harga £1.4 juta.

Gambar menunjukan penjenayah berkenaan memegang barrel senapang Winchester dengan pistol Colt 45 di pinggang.

Menurut berita, the Kid hanya membayar 25 sen (cents) untuk mengambil gambar tersebut di Fort Sumner, New Mexico, sekitar 130 tahun dahulu.

Pihak yang bertanggungjawab menjalankan lelongan menjangka gambar akan terjual dengan harga hanya di antara £188,000 hingga £250,000. #Telegraph

Ulasan