Kereta baru termahal di dunia

Lamborghini Sesto Elemento, sebuah kereta konsep yang diperkenalkan di Paris Motor Show pada tahun lalu akan dijadikan kereta pengeluaran dengan harga £1.77 juta setiap satu, menjadikannya kereta pengeluaran termahal di dunia setakat ini. Bagaimanapun hanya sebanyak 20 buah akan dikeluarkan.

Menggunakan enjin V10 5.2-liter, kereta berkenaan boleh memecut dari 0-100 km/jam dalam masa kurang dari 2.5 saat.


Lamborghini Sesto Elemento berupaya meluncur melebihi 300 km/jam. Dengan pecutan yang begitu pantas iaitu dari 0-100 km/jam dalam masa kurang 2.5 saat, pemandu boleh terus layak menerima surat saman hanya dalam sekitar 3-4 saat saja jika melalui lebuhraya PLUS. Hihi..

Koleksi kereta baru termahal dunia yang disenaraikan di swsn.com:

Lamborghini Sesto Elemento – £1.77 juta (RM8.66 juta).

Bugatti Veyron Super Sport – £1.6 juta (RM7.83 juta).

Koenigsegg CCXR – £1.5 juta (RM7.34 juta).

Pagani Zonda Roadster F – £1.4 juta (RM6.85 juta).

Ulasan