Gambar Osama Bin Laden yang mati dengan kesan tembakan di kepala..

'Osama Bin Laden'

Gambar yang dikatakan Osama Bin Laden (di atas) ku jumpa di satu laman web ongputih (blog) petang semalam. Maka beria-ia benar lah aku save, untuk ku update post yang sebelum ini dengan memasukkan gambar berkenaan.

Tapi baru tadi ku lihat di satu laman web yang lain, ada dipaparkan gambar yang sama dengan kenyataan di bawahnya, 'Already fake images purporting to show Bin Laden shortly after he was killed (such as this one) are being passed around the internet'. Laa.. GAMBAR PALSU rupanya. White House belum pernah me'release' kepada umum gambar Osama selepas kejadian serangan yang membunuhnya.

Menurut berita di Mail Online, setiausaha penerangan White House, Jay Carney memberitahu pemberita bahawa presiden Barack Obama telah mengambil keputusan tidak akan me'release' gambar-gambar mayat Osama. Jadi, bagaimana pula boleh ada gambar mayat Osama tersiar di media-media?

Takpa, ku letakkan juga gambar tu di post ini. Sekurang-kurangnya bila kita lihat laman web yang menyiarkan gambar berkenaan menyatakan gambar tu gambar Osama yang mati tertembak, kita akan tersenyum.. he he, itu gambar palsu.

Kita lihat terdapat juga gambar-gambar Osama yang lain, yang pastinya diubah secara digital – letak kesan tembakan, darah, ubah bentuk mata dll – tersiar di beberapa laman web. Lebih je..

Ulasan