Barang tiruan – telur ayam hingga ke BMW



- Dah.. telur ayam pun ada yang palsu. Dari rambut, bulu mata, gigi, kaki serta bermacam-macam lagi.. hinggalah kepada perempuan, semua ada yang palsu.

Begitu la pulak dengan barangan berjenama. Ada jam tangan tiruan, beg tangan tiruan, dompet tiruan, tali pinggang tiruan, kasut tiruan (aku pernah nampak kasut serupa kasut Adidas tapi namanya Adibas), pakaian tiruan (contoh, seluar Levi"s, aku ada dua helai, murah!), cermin mata tiruan (boleh la disebut re ben bukan Ray-Ban, bunyinya lebih kurang), kamera tiruan, henfon tiruan (pernah tak jumpa henfon Nokla N95, bentuknya sebijik Nokia N95) dan mungkin berpuluh-puluh lagi barangan berjenama tiruan terdapat di pasar gelap baikpun malam atau siang. Patut tak patut, harganya jauh lebih murah dari yang asli. Mana nak dapat jam tangan Rolex asli dengan harga 60 ringgit?

Maka terfikir oleh ku, ada tak kereta seperti BMW atau Mercedez yang tiruan. Aku gugel.. eh, ada!

Klon BMW X5?

Menurut berita di China Car Times, kereta-kereta yang saling tak tumpah kereta BMW X5 berada di sebuah gudang di Pelabuhan Rotterdam (gambar atas) sejak awal 2008, setelah tidak dibenarkan pengedarannya oleh mahkamah Jerman. Sehingga kini tiada pihak yang tampil dan mengaku sebagai pemilik kereta-kereta buatan Shuang Huan China berkenaan kerana bimbang akan kos penghantaran dan kos sewa gudang yang tinggi yang perlu dijelaskan, termasuk lah juga penghantaran pulang semula yang perlu dibuat.


Ni gambar kereta yang asli. Lampu dan bahagian depan nampak berbeza dengan kereta China tu. Alaa.. saja aja pihak BMW nak sekat penjualan. Err.. mirip sikit tak boleh ke?

Ulasan