'Spiderman' panjat bangunan tertinggi

Alain Robert, Mat labah-labah dari
Perancis
Ini kisah Mat labah-labah, dah tiga kali cuba memanjat Menara Berkembar Petronas. Pada 1997 dan 2007 beliau gagal kerana telah ditahan oleh polis sebelum sempat sampai ke bahagian teratas bangunan. Tak serik, pada 2009, untuk mengelak dari ditahan, pagi-pagi buta beliau pergi panjat Menara Petronas dan berjaya sampai ke atas. Sekali lagi beliau ditahan oleh polis tetapi dibebaskan semula dengan amaran tanpa apa-apa tuduhan.

Pada 28 Mac yang lalu, 'spiderman' telah memanjat Menara Burj Khalifa di Dubai pula, berjaya sampai ke puncak bangunan setinggi 828 meter itu setelah memanjat selama enam jam. Tidak seperti pendakian sebelumnya, kali ini beliau menggunakan serta memakai tali keselamatan untuk memenuhi syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dan penganjur bagi membolehkan beliau memanjat.

Sehingga kini Alain Robert telah memanjat lebih dari 70 pencakar langit, termasuk Empire State Building, New York dan Willis Tower, Chicago.

Pada 2004, beliau memanjat bangunan Taipei 101, Taiwan, yang ketika itu merupakan bangunan tertinggi di dunia.

Tiiinggginya.. monyet pun boleh gayat. Berkecai kalau jatuh..

- sumber - BBC/Dailymail

Ulasan