Seorang lelaki jatuh pengsan dan mati setelah bermain game internet selama tiga hari - tidak makan, tidak tidur
Alamak, ngeri pulak aku baca berita ni kerana aku boleh la digulungkan dalam ketegori ketagih internet, aku kena akui. Tak boleh tidak dalam satu hari kalau tak lama, kejap pun mesti nak bukak Google Chrome, melayari entah apa-apa, main game dan yang paling gian sekali belek-belek blog ku ini. Sampai je kat rumah balik dari kerja, macam takda benda lain yang nak dibuat, komputer dulu.
Pernah aku di rumah seharian menghadap komputer, berhenti masa tengahari kerana nak makan, sembahyang kemudian sambung lagi hingga lah sampai waktu maghrib. Itu pun berhenti kerana bini aku dah membebel. Mulutnya muncung boleh buat ampai sangkut baju. Kalau tidak.. masih melekat punggung aku kat kerusi depan komputer.
Itu aku setat tengok komputer dari pagi, kalau malam.. sampai pagi pun kerap! Tapi sekarang aku dah kurangkan sebab sebagaimana aku tak jemu melayari internet, macam tu lah tak jemu bini aku membebel..
Melalut panjang pulak. Bawah ni berita yang aku ambil dari SWSN,
– Seorang lelaki China yang tidak disebutkan namanya, pengsan dan meninggal setelah tidak tidur atau makan selama tiga hari kerana bermain game internet.
Beijing Times melaporkan bahawa lelaki yang berusia 30an itu sedang online di internet cafe ketika ia terjatuh dan koma pada malam Isnin.
Menurut saksi, lelaki yang tidak berganjak dari komputer selama tiga hari, dibawa ke rumah sakit di mana dia kemudian diistiharkan meninggal dunia.
Dia dikatakan seorang penagih internet yang menghabiskan lebih dari 10,000 yuan (sekitar £1000) pada game online pada bulan lepas.
Polis turut merampas beberapa komputer dari tempat kejadian tetapi tidak menyifatkan kejadian sebagai satu pembunuhan dan pemilik kafe berkenaan tidak ditahan.
Ketagihan Internet adalah sebuah masalah yang serius di China, di mana ia menjadi satu gangguan rasmi pada tahun 2008.
Dianggarkan lebih daripada tiga juta orang di seluruh negeri dipengaruhi ketagihan ini dan beberapa klinik pakar telah dibentuk untuk mengubati penagih internet.

Ulasan
kalo rajen singgah la sinijangan bazerkan sperma