Mona Lisa seorang lelaki?

Dakwaan yang memeranjatkan pecinta seni yang mengagumi senyuman Mona Lisa.
– Mona Lisa seorang lelaki.

Seorang ahli sejarah seni mendakwa model dalam karya Leonardo da Vinci berkenaan adalah seorang lelaki muda bernama Gian Giacomo Caprotti. Dakwaan dibuat berdasarkan hasil seni Leonardo tentang potret diri.

Gian Giacomo Caprotti di dalam lukisan yang bernama St John the Baptist mempunyai hidung dan mulut yang sama dengan Mona Lisa.

Caprotti, yang juga dikenali sebagai Salai, bekerja sebagai aprentis dengan artis berkenaan selama lebih dari dua dekad dari 1490 dan mereka dikhabarkan menjadi kekasih.

Silvano Vinceti, seorang penyelidik yang telah menganalisa lukisan menggunakan alat berteknologi tinggi, juga mendakwa telah menemui huruf 'S' di mata model, yang mungkin merujuk kepada Salai.

Leonardo yang meninggal dunia pada Mei 1519 di usia 67 tahun dikatakan seorang homoseksual.

"Salai adalah model kegemaran Leonardo," dia berkata. 'Leonardo tentu telah memasukkan ciri-ciri Salai ke dalam versi terkemudian melibatkan Mona Lisa'.

Ramai pakar percaya bahawa model Mona Lisa adalah Lisa Gherardini, 24 tahun, isteri seorang peniaga sutera yang kaya dari Florentine.

Mereka juga percaya Leonardo mula melukis pada 1503. Tapi Vinceti mendakwa ia mungkin telah bermula sejak akhir 1490an di Milan, bertepatan dengan waktu Leonardo membuat hubungan dengan Salai.

Silvano Vinceti yang juga seorang profesor seni di universiti Politecnico Milan mengatakan: Semua subjek Leonardo mirip antara satu sama lain kerana ia merupakan ideal abstrak keindahan. Mereka semua mempunyai ciri-ciri kedua maskulin dan feminin.

Lukisan Mona Lisa kini ditempatkan di Louvre, Paris.

Ulasan