Terer betul la pencuri ni, tenang-tenang saja dalam melakukan tugasnya, sempat buang air besar selepas buat kerja (mencuri), kat situ juga..
KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini, bukan saja melarikan wang tetapi juga sempat membuang air besar dalam satu kejadian awal pagi ini.
Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 pagi dan pencuri berkenaan memecah masuk menerusi tandas premis dengan mencungkil batu-bata pada dinding.
Pencuri, seolah-olah tahu di mana wang disimpan kerana hanya mensasarkan ruang pejabat tertentu, katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik-bilik terbabit, sebaliknya membuat lubang pada dinding yang terdiri daripada kepingan papan lapis.
Jumlah kerugian masih diperiksa kerana wang yang dicuri adalah dalam bentuk syiling yang dibungkus dalam beberapa bungkusan.
Kata Yoke Chow, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik restoran bersebelahan pada kira-kira pukul 7 pagi yang melihat tandas premis dipecahkan.
"Kami mendapati ada najis di dalam mangkuk tandas dipercayai ditinggalkan oleh pencuri itu, kami sungguh tidak menyangka pencuri sanggup berbuat demikian selepas mencuri di pasar raya ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. - Bernama/Kosmo

Ulasan