Manusia halimunan

Cuma nampak kasut!

Seorang artis China, Liu Bolin, menghabiskan masa berjam-jam malah berbulan-bulan dengan bantuan dua orang pembantunya, melukis pakaian dan muka serta tangan untuk menjadikan dirinya halimunan di satu-satu tempat.

Liu mengambil masa tiga bulan untuk projek
ini, di depan arca naga Taman Behei, Beijing.
Naik hangit bau baju.. habis, tiga bulan
tak basuh.

Menjelajah hampir ke serata dunia selama lima tahun dengan hasil kerjanya, Liu akan mengadakan pameran di Galeri Fine Art Eli Klein di New York pada tahun ini. Liu memiliki ijazah dari Sculpture Department of the Central Academy of Fine Arts, China. Hasil kerjanya mendapat permintaan yang tinggi.

Syarikat pengawal keselamatan patut
menggunakan khidmat artis ini, jadi orang tak
perasan ada pak guard berdiri terpacak di
penjuru bank.. cadangan je.

Berdiri macam ni depan tanah perkuburan,
maka heboh la jadinya.

#Mail Online

Ulasan

namialus67 berkata…
Memang hebat artis dari china ni.Saya kagum dengan ideanya,lain dari yang lain.Best post ni.