One Hyde Park di London, telah dibuka penjualannya pada minggu ini dengan harga £15 juta setiap unit apartmen (3,056 kaki persegi).
Mak ooi.. punya la mahal. Walaupun harganya amat tinggi untuk sebuah apartmen, beberapa unit apartmen berkenaan bernilai lebih-kurang £1 billion telah pun terjual.
-
Atas beberapa sebab tertentu, tak dapat aku nak beli flat berkenaan. Kalau tidak, siang-siang lagi aku oder dua. Tapi takpa, aku masih boleh lihat gambar (sahaja).
 |
Walau harganya begitu tinggi, cermin masih tak
'bulletproof'. Cuma tebal sikit la agaknya. |
 |
Ha, kat sini boleh tarok komputer, taip blog
dari malam sampai pagi. |
 |
Redup suasana, petang-petang minum teh, makan
roti canai atau pisang goreng. |
 |
Juga tempat yang sesuai untuk meletakkan
teropong, boleh 'tengok-tengok' orang blok sebelah. |
 |
Takyah nak cerita apa yang sesuai dibuat kat sini.. |
 |
Tengok cermin sebelum mandi atau masuk bilik
termenung. |
 |
Eh, Marilyn Monroe ke tu? |
 |
Macam ni rupanya dari luar. |
#
Mail Online
Ulasan