Keranda Lee Harvey Oswald. |
Keranda lama Lee Harvey Oswald, orang yang dipercayai membunuh Presiden AS John F Kennedy, telah terjual dengan harga US$90,000 (RM282,000).
Pusat lelongan Los Angeles mengatakan, dua pembeli bersaing untuk mendapatkan keranda tersebut, selepas tawaran bermula dari US$1,000.
Lee Harvey Oswald. |
Pengarah pengebumian Texas yang menyimpan keranda lama telah memilih untuk menjualnya di pusat lelongan.
"Apa yang berkaitan dengan pembunuhan JFK terjual dengan harga yang sangat tinggi," menurut jurulelong Nate D Sanders.
Oswald ditangkap sekitar satu jam selepas Presiden Kennedy ditembak mati di Dallas pada tarikh 22 November 1963.
Oswald sendiri ditembak dua hari kemudian dan tidak pernah dibicarakan.
Ada banyak teori konspirasi tentang siapa yang benar-benar menembak JFK dan mengapa Lee Harvey Oswald terbunuh. Salah satu teori - penggalian mayatnya pada tahun 1981 dirancang untuk mengkebumikan seorang agen Soviet yang telah mengambil identiti Oswald dalam melaksanakan pembunuhan itu. #BBC
Ulasan