Haiwan yang ditembak mati, dipercayai Chupacabra. |
Lagenda popular menggunakan frasa tersebut untuk menggambarkan haiwan misteri yang tidak diketahui, menyerang dan meminum darah ternakan, biasanya kambing.
Ia dikatakan pertama kali dilihat pada tahun 1995 di Puerto Rico, namun laporan telah dibuat dari sejauh utara Maine, Amerika Syarikat, di sebelah selatan Chile.
Para saintis membuat spekulasi bahawa makhluk berkenaan berkemungkinan coyote yang dijangkiti oleh parasit selepas satu haiwan ditemui menyerang ternakan pada bulan Julai lalu.
Pada tahun 1995, lapan ekor kambing biri-biri ditemui mati di Puerto Rico dengan kesan luka tusukan pada dada dan semua bangkai biri-biri kehabisan darah - dari situ lah lahirnya lagenda Chupacabra di Amerika Latin.
Beberapa bulan kemudian, makhluk itu dikatakan dilihat di CanĂ³vanas, di mana sebanyak 150 binatang ternakan telah dibunuh.
Sejak itu, beberapa serangan dipercayai dilakukan oleh makhluk legenda berkenaan berlaku di Selatan dan Amerika Tengah, malah ke New Mexico dan Texas.
Keterangan tentang Chupacabra ada berbagai-bagai, dari berbentuk reptilia berduri di punggungnya hingga ke anjing botak bertaring dan berkuku panjang.
Baru-baru ini seorang lelaki di Kentucky, Mark Cothren, telah menembak mati seekor haiwan misteri, dipercayai seekor Chupacabra. Dia menyimpan bangkai haiwan berkenaan dan bercadang untuk menyerahkannya kepada 'Department of Fish and Wildlife Resources' untuk di analisa.
Ulasan