Membuat teks bergerak (scrolling)

Hai, lama tak jumpa!!
Untuk membuat teks bergerak seperti ini, hanya tambah teks dengan tag marquee di posting-edit html blog anda, contoh,

<marquee loop="50">Hai, lama tak jumpa!!</marquee>

"50" boleh ditukar kepada "1" atau "2" atau berapa kali anda mahu teks scroll di blog. 

Terdapat juga cara lain menggunakan tag marquee yang membolehkan kita menukar cara teks bergerak, lebar ruang pergerakkan dan warna teks.

Contoh-contoh lain, 

-- Lebar pergerakkan boleh ditukar dengan menambah width (ubah "60%" kepada pilihan sendiri, iaitu peratusan lebar post atau laman web),

<MARQUEE behavior="scroll" direction="left" width="60%">Brrroooommm!!!</MARQUEE>  

Kode html ini akan membuat teks kelihatan begini,

Brrroooommm!!!

-- Kita boleh mengubah hala teks dari ke kiri kepada ke kanan dengan mengubah "left" kepada "right", seperti ini,

<MARQUEE behavior="scroll" direction="right" width="60%">Brrroooommm!!!</MARQUEE>

Ia akan kelihatan begini,

Brrroooommm!!!

-- Untuk menukar warna teks hanya tambahkan <span style="color: red;" (ubah red kepada warna pilihan sendiri) begini,  

<marquee behavior="scroll" direction="right" width="60%"><span style="color: red;">Brrroooommm!!!</span></marquee>


dan hasilnya,

Brrroooommm!!!

-- Untuk membuat teks kelihatan melantun bila sampai ke tepi, ubah behavior (dan sesuaikan  width="500" dengan kelebaran laman web anda), kode htmlnya begini,

<MARQUEE behavior="alternate" direction="right" width="500">Aauuchh!!</MARQUEE>

hasilnya,

Aauuchh!!

-- Mahukan teks anda scroll dari bawah ke atas, begini,

<MARQUEE behavior="scroll" direction="up">Wow!!!!</MARQUEE>

dan teks kelihatan naik dari bawah,

Wow!!!!

Untuk lebih mudah, copy saja kode yang tertera dan paste di posting-edit html blog anda. Tag marquee boleh disesuaikan mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba.

Ulasan