Hacker Malaysia ditahan

Kerana seorang lelaki, negara kita kali ini menjadi lebih terkenal sedikit. Seorang individu yang berjaya menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa biasanya layak menerima gelaran Datuk, tapi pasti tidak bagi lelaki ini.

Menurut berita yang ku baca di laman web berita dan blog-blog (lelaki ni dah jadi terkenal sekelip mata), seorang lelaki Malaysia, ditangkap oleh agen-agen perisikan ketika cuba menjual nombor kad kredit yang dicuri dengan harga US$ 1,000 (RM3,200) di sebuah Restoran di New York. Dia baru tiba di bandaraya tersebut beberapa jam sebelum ditangkap.

Lin Mun Poo, 32, dikatakan sebagai seorang 'penggodam komputer yang sangat canggih dan merbahaya' dalam satu dokumen yang diperolehi dari Jabatan Kehakiman Amerika. Dia menghadapi tuduhan menggodam ke dalam rangkaian komputer Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FRB) dan kontraktor securiti Pentagon.

Dia merancang mendapatkan lebih maklumat akaun kewangan dari penggodam lain untuk kegunaannya sendiri atau dijual, menurut kenyataan dari Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika di Brooklyn. Agen perisikan telah merampas komputer laptop 'encrypted'nya.

Rangkaian komputer Bank Rizab Persekutuan di Cleveland digodam pada bulan Jun, menyebabkan kerosakan ribuan dolar, yang melibatkan 10 atau lebih komputer, menurut dokumen yang difailkan di mahkamah pada 18 November, di hari tertuduh menghadapi empat tuduhan.

Lin Mun Poo mengaku tidak bersalah ketika dibicarakan pada 22 November. Dia boleh dijatuhkan sehingga sepuluh tahun penjara jika sabit kesalahan.

'Penggodam canggih' ini dikatakan telah berjaya menceroboh rangkaian komputer FRB dan mencuri lebih dari 400,000 nombor kad kredit/debit.

Ulasan

Natasha MDG berkata…
tolong vote gmbr ni boleh? http://www.facebook.com/photo.php?pid=31463942&o=all&op=1&view=all&subj=273893046958&id=1078745108

time kasih : ))
Unknown berkata…
cayalah hacker Malaysia..terbaik..hak..tapi kena tahan...x terbaik jgk...