- Peringatan kepada pemandu wanita yang berseorangan: JANGAN LUPA NAIKKAN CERMIN TINGKAP DAN KUNCI PINTU - penjenayah sekarang semakin berani, tidak memilih tempat untuk menceroboh masuk ke dalam kereta.
Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan bukan saja dirompak malah turut dirogol seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, di sini, malam Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam, mangsa yang berusia 20-an memandu kereta bersendirian sebelum berhenti berhampiran di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Namun, tanpa diduga seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang kereta sebelum memukul dan mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.
Menurut sumber, lelaki terbabit menunjukkan sebilah pisau untuk menakutkan mangsa sebelum memaksanya duduk di bahagian penumpang.
"Lelaki terbabit meminta mangsa mendiamkan diri sebelum dia membawanya berpusing sekitar Ampang. Mangsa diperlakukan kejam sebelum lelaki terbabit merogolnya dalam kenderaan itu," katanya.
Difahamkan, selepas merogol, penjenayah terbabit menghantar kembali mangsa ke lokasi dia ditemui sebelum melarikan diri.
"Mangsa yang lemah itu datang ke balai polis membuat laporan kejadian terbabit," katanya. - akhbar Harian Metro 27 Sept. 2010
- Kepada pemilik kereta yang tidak berhawa dingin, kena lah tahan sikit - berpeluh kalau naikkan cermin tingkap, err.. macam kereta aku.

Ulasan