Pameran Auto Paris 2010: Jaguar cipta 'supercar' elektrik berkemampuan meluncur melebihi 200 bsj


Jaguar C-X75

Dipamerkan di Pameran Auto Paris, C-X75 boleh mencapai kelajuan sehingga 205 bsj (330 km/j), menjadikan ia kereta elektrik terlaju setakat ini. Seberat 2,970 pound, boleh memecut ke 62 bsj (100 km/j) hanya dalam 3.4 saat.


Dengan beteri penuh kereta ini boleh bergerak sejauh 68 batu (110 km) tetapi dengan gandingan sistem turbin gas yang dicipta oleh jurutera British, kereta ini boleh terus bergerak sejauh 560 batu (900 km).


Jaguar C-X75 hanya sebuah kereta konsep. Pengarah syarikatnya merancang untuk terlebih dahulu menganalisa penerimaan pengkritik dan orang awam sebelum membuat keputusan menjadikan kereta ini sebagai kereta pengeluaran.

Lebih lanjut di Topspeed

Ulasan