Robot yang seakan hidup

Dia bercakap 15 bahasa, boleh melawak malah boleh menggambarkan perasaan.

Robot ini seolah-olah hidup, telah juga dibeli oleh NASA untuk menjadi 'tour guide' robotik di Kennedy Space Center di Cape Canaveral.

Robot dikenali sebagai RoboThespian, yang digerakkan oleh tekanan udara dan dibuat hampir keseluruhannya daripada aluminium.


Ianya dihasilkan oleh sebuah syarikat di Cornwall, Engineered Arts, yang mempunyai hanya tujuh orang kakitangan.

RoboThespian didatangkan dalam tiga variasi, Lite, Standard dan versi Deluxe. Ianya juga boleh disewa untuk acara-acara tertentu.

Di laman web syarikat, versi Deluxe dikatakan boleh menerima akses kepada semua ciri-ciri robot yang lebih canggih seperti kaki bertenaga dan kandungan yang boleh diubahsuai.

Sayangnya, robot ini hanya boleh menggerakkan anggota tubuhnya di satu-satu tempat sahaja, belum mampu berjalan.


Lihat di http://www.robothespian.com/

Ulasan