Puting beliung api

Puting beliung adalah angin kencang yang berpusar, biasanya berlaku ketika hujan ribut.

Tapi terdapat juga puting beliung yang berlaku dalam suasana berbeza, iaitu puting beliung api yang berlaku ketika suasana kering dan panas.

Pasukan pemadam kebakaran memerhatikan puting beliung api yang berlaku di bahagian selatan lereng gunung berapi Mauna Kea, Hawaii pada hari minggu lepas.

Juga dikenali sebagai api berputar, syaitan kebakaran, atau juga 'firenados', bukan jarang berlaku, hanya jarang didokumentasikan, kata Jason Forthofer, seorang jurutera mekanikal di US Forest Services's Missoula Fire Sciences Laboratory di Montana.

Contohnya, puting beliung api baru-baru ini dilaporkan berlaku di beberapa bahagian Sao Paulo, Brazil, di mana kemarau panjang selama tiga bulan menyebabkan beberapa kebakaran teruk.

Forthofer membuat kajian puting beliung api dengan tujuan melindungi pekerja pemadam kebakaran.

"Jika kita dapat mengenalpasti keadaan yang kondusif untuk api berputar, ini akan menjadi panduan kepada pasukan pemadam kebakaran, kerana ada beberapa orang yang telah dibakar oleh puting beliung api," katanya.

Puting beliung api yang mengganas bersebelahan cerobong rumah yang sedang terbakar.

Api yang marak menyebabkan pusaran abu panas di seluruh rabung gunung berhampiran Rancho Santa Margarita, California, pada bulan Mei 2002.

Suhu di dalam teras puting beliung api boleh mencapai hingga 2,000 darjah Fahrenheit (1,093 darjah Celsius), cukup panas, berpotensi untuk menyalakan abu yang disedut dari tanah, kata Forthofer.

Puting beliung  api bangkit dari tanah gambut yang terbakar di sebuah ladang di Bangor, U.K. pada tahun 2008.

Mudah terbakar, gas karbon yang banyak dikeluarkan oleh vegetasi terbakar di tanah menjadi bahan bakar untuk sebahagian besar kebakaran, menurut Forthofer. "Vegetasi di tanah cukup panas untuk melepaskan gas tetapi beberapa gas tidak dapat terbakar kerana tidak mempunyai cukup oksigen di sekelilingnya."

Lihat di Nationalgeographic, rakaman video puting beliung api yang berlaku di Hawaii.

Ulasan