Brazil - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun memiliki ketinggian 6 kaki 9 inci (2.06 meter) sekali gus menjadikannya antara remaja paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketinggian remaja itu, Elisany Silva terus meningkat pada kadar 0.l5 meter setahun disebabkan sejenis penyakit tumbesaran tetapi keluarganya tidak mampu untuk membiayai kos perubatan anak mereka bagi menghalang ketinggiannya.
Bercakap di rumahnya di Para, Elisany memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana dia terlalu tinggi untuk menaiki bas.
"Di rumah juga sukar. Apabila saya leka, kepala saya akan terhantuk pada siling rumah," katanya.
Elisany berharap dia dapat menggunakan ketinggiannya untuk menjadi seorang model fesyen yang berjaya.
Remaja perempuan itu tinggal di sebuah rumah kecil bersama beberapa saudara perempuan dan ibunya, Ana Maria Silva serta bapa tirinya, Luiz Jorge. - Agensi
Gambar remaja tinggi, Elisany Silva dari Nypost:
Elisany Silva (ketiga dari kanan) berdiri bersama kawan-kawan dan keluarga. Ibunya, Ana Maria Silva (kedua dari kiri) dan bapa tirinya, Luiz Jorge (kiri) melihat dari depan rumah mereka di Braganca, Para State, Brazil.
Ulasan