Buku termahal di dunia akan dijual

Buku Birds of America karya James Audubon dianggap sebagai buku yang paling mahal, diumumkan akan dijual di Sotheby's.

Hanya 119 naskah penuh buku abad ke-19 ini diketahui wujud, 108 dimiliki oleh muzium dan perpustakaan.

Sebuah naskah tentang haiwan liar edisi berasingan telah dijual dengan harga rekod, £5.7 juta (RM27 juta) sedekad yang lalu.

Naskah yang akan dilelong pada Disember adalah dari koleksi mendiang Lord Hesketh.

Buku ini mengandungi 1,000 ilustrasi penuh hampir 500 jenis burung.

Pelukis haiwan liar, John James Audubon mengambil masa 12 tahun untuk membuat pengamatan untuk menghasilkan buku ini.

update 10/12/10:

Buku ini sudah pun terjual di pusat lelongan Sotheby dengan harga US$10,270,000 (RM31,677.000), menjadikannya buku yang paling mahal pernah dilelong setakat ini. #BBC

Ulasan