'Afghan Girl', gambar dokumentari terkenal oleh Steve McCurry

Gambar seorang gadis Afghanistan bermata hijau tanpa nama, pernah menjadi salah satu gambar yang paling terkenal di dunia, menggambarkan wajah seorang di dalam kancah keganasan konflik.
Jurugambar dokumentari Amerika, Steve McCurry dikenali ramai setelah hasil fotonya ini menghiasi kulit majalah National Geographic pada tahun 1985.

Gambar kini dipamerkan sebagai sebahagian dari retrospektif  karya McCurry di Muzium dan Galeri Seni Birmingham (26 Jun - 17 Oktober, 2010).

Pada tahun 1984, McCurry menyeberangi sempadan Pakistan dan Afghanistan menuju ke sebuah kem pelarian berhampiran Peshawar tidak lama sebelum serangan Soviet. Di sana, ketika pergeseran berlaku, dia menemui gadis berkenaan lalu mengambil fotonya.

Itu adalah foto pertama. Foto pada sesi kedua diambil tujuh belas tahun kemudian iaitu pada tahun 2002, selepas pencarian yang lama dan sukar oleh McCurry. Gadis tersebut, Sharbat Gula, telah menjadi ibu kepada tiga orang anak dan tinggal di sebuah kawasan pergunungan Afghanistan.


#Nationalgeographic

Ulasan