Berbogel beramai-ramai naik rollercoaster

Seramai 102 orang telah menaiki rollercoaster, dengan tak tahu malunya.. berbogel untuk mengumpul dana. Peristiwa ini berlaku di taman permainan Green Scream Rollercoaster di Essex, England.

Sebanyak £22,000 berjaya dikutip untuk didermakan kepada pusat penyelidikan kanser payudara.

Menurut penganjur, Tracy Jones: "Kami ingin mengumpulkan wang sebanyak mungkin untuk amal dan memberikan peluang kepada semua orang yang cukup berani untuk menjadi sebahagian dari rekod dunia. Kami harus menaiki rollercoaster berbogel sebanyak tiga kali."

Mereka berjaya mencipta rekod paling ramai berbogel menaiki rollercoaster iaitu seramai 102 orang, mengatasi rekod sebelumnya, 70 orang.


#The Sun

Ulasan