Kapal selam untuk menyeludup kokain dan heroin


Gambar menunjukan 'ruang kapten' di dalam sebuah kapal selam buatan sendiri yang digunakan untuk membawa tujuh tan kokain ke arah utara dari Colombia melalui Pasifik sebelum dirampas pada tahun 2008.

Penyeludup dadah telah menggunakan peralatan yang semakin canggih, dilengkapi sistem elektronik moden, sistem navigasi, ciri anti-radar, turut mempunyai muffler penghawa dingin membuat kapal selam penyeludup kokain sukar dikesan dengan menggunakan peralatan inframerah. Kapal selam ini dipanggil 'peti mati' oleh New York Times.


Dalam serbuan pihak polis ke sebuah gudang di Bogota pada tahun 2000, sebuah sub 30 meter dijumpai. Turut ditemui beberapa dokumen desain berbahasa Rusia. Kapal selam ini dijangka mampu membawa muatan sekurang-kurangnya 150 tan kokain atau heroin, menurut polis kebangsaan Colombia.

Berdasarkan kemajuan teknologi yang terlihat pada sub-kokain, para ahli percaya bahawa jurutera kapal selam didatangkan dari negara-negara maju yang mempunyai kepakaran tersebut.


Disita sebelum memulakan pelayarannya, sub fiberglass 98 kaki (30 meter) panjang, cukup besar untuk menampung enam hingga sepuluh tan kokain dengan enam orang krew. Dengan sistem 'ballast' yang belum pernah dilihat di sub kokain. Sub buatan tangan ini menunjukkan bahawa penyeludup semakin maju dalam rekabentuk kapal selam.


Kapal selam yang mampu membawa 1.6 tan kokain, dibina dari fiberglass dan dikuasakan oleh enjin diesel biasa, sukar dikesan dengan radar. Kapal selam ini timbul ke permukaan di lautan Pasifik ketika dalam pelayaran dari utara ke Amerika Selatan.


Kapal selam yang agak primitif, penuh kokain dirampas pada 2 Julai, 2008. 'Kapal selam torpedo' ditarik bawah air di belakang kapal nelayan. Jika diserbu pihak berkuasa, penyeludup akan melepaskan torpedo. Walaupun sub torpedo ini sederhana, ada kemungkinan terdapat sub torpedo berteknologi tinggi, menggunakan remote control dalam penyeludupan dadah. - petikan - Nationalgeographic

Ulasan