Petra adalah sebuah kota bersejarah dan kota arkeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke6 sebagai ibu kota bagi 'Nabatea', merupakan satu simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985.
Tapak ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Ia digelar "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. UNESCO menyifatkan ia sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia."
Ulasan