Wasiat seorang wanita kaya: £650,000 kepada anak lelaki, £8,000,000 kepada anjing peliharaannya


Gail Posner yang meninggal dunia dalam usia 67 tahun pada bulan Mac lepas, meninggalkan £2 juta dana amanah untuk seekor anjing Chihuahua dan dua ekor anjingnya yang lain, berserta sebuah rumah besar tepi pantai bernilai £6 juta di Miami.

Selain anjing-anijing tersebut, sekumpulan pengawal peribadi dan pekerja rumah dianugerahkan £17 juta, boleh tinggal di rumah tersebut tanpa sebarang bayaran untuk menjaga anjing-anjing berkenaan, menurut kertas wasiat.

Hanya £650,000 dari harta yang bernilai berjuta pound itu diberikan kepada anak lelakinya, Bret Carr.


Menurut Carr, ibunya telah dibius dengan ubat penghilang sakit dan di'brainwashed' hingga sanggup membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk haiwan peliharaannya, termasuk anjing Chihuahua dan Conchita yang mendapat rawatan spa biasa, mempunyai kakitangan penuh-masa, almari pakaian sendiri dan di hiasi berlian.

Bret Carr, seorang pengarah, menuduh para pembantu telah menggunakan pengaruh mereka untuk memujuk ibunya supaya menukar kandungan surat wasiat pada 2008, meninggalkan dia dengan hanya £650,000.


Peguam Carr, Bruce katzen, mengatakan dia yakin bahawa kempen publisiti adalah sebahagian daripada satu 'penipuan' untuk menjelaskan mengapa sebuah dana amanah yang besar diperlukan untuk merawat anjing-anjing.

Miss Posner semasa hidupnya, menjadi legenda kerana kelebihan yang diberikan kepada haiwan peliharaannya. Dalam sebuah wawancara pada 2007 dia mengatakan memberi anjing Conchita miliknya kalung Cartier yang berharga £10,000, tetapi anjing itu menolak untuk memakainya."Conchita merupakan satu-satunya gadis yang aku tahu tidak menilai berlian sebagai sahabatnya," katanya.

Anjing itu biasanya akan menemani Miss Posner ke majlis makan dan dia pernah membeli sebuah Range Rover khas untuk anjingnya ke rawatan spa setiap minggu. Pada akhirnya dia memutuskan untuk memberikan anjing, kereta Cadillac emasnya dan membeli sebuah kereta baru untuk dirinya sendiri.

Miss Posner mewarisi kekayaan dari ayahnya Victor Posner, seorang pengusaha Amerika.

Pengawal dan pekerja rumah tidak mahu memberi sebarang komen. #Mail Online

Ulasan