Mahluk ganjil timbul dari laut?


Mahluk ganjil ini sebenarnya adalah seekor burung yang masih bernyawa, terkapar dengan lendir minyak menyelaputi seluruh badan. Gambar dirakam di pantai East Grand Terre Island, Louisiana. Burung ini merupakan salah satu haiwan liar yang terancam akibat limpahan minyak di Teluk Mexico.

Burung yang telah mati, ditolak ombak ke pantai.

Seekor pelican (burung undan) yang tidak lagi mampu terbang kerana minyak yang melekat di kepaknya. Pelican adalah burung kebangsaan Louisiana.

Kelihatan seekor burung terbang di atas lautan yang tidak lagi kebiru-biruan tetapi telah menjadi zon maut berwarna cokelat di liputi minyak.


Imej sebuah kapal sedang mengumpul minyak yang terapung, menunjukan skala betapa luasnya minyak tersebar. Minyak mentah melimpah ke Teluk Mexico sebanyak 19,000 tong (800,000 gallon) sehari semenjak letupan di pelantar minyak Deepwater Horizon pada 20 April lalu.

Menurut pakar, jumlah limpahan minyak kini telah menjadi limpahan minyak terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat, mengatasi limpahan minyak Exxon Valdez yang berlaku pada 24 Mac, 1989. - Hingga ke saat ini kebocoran di Teluk Mexico masih berterusan walau beberapa usaha telah dilakukan oleh BP.

Ulasan