Limpahan minyak di Teluk Mexico

Gambar.

23 April, 2010, sebuah kapal cuba mengumpul minyak di 
permukaan tapi minyak terus mengalir keluar dari punca 
kebocoran di dasar laut.

Syarikat minyak BP, pemilik telaga minyak dasar laut yang bocor 
akibat dari kemusnahan pelantar Deepwater Horizon, menganggarkan 
beribu-ribu tong minyak mengalir keluar dari kebocoran 5,000 kaki 
(1,524 meter) di bawah permukaan air.

Gambar dari udara, 28 April, 2010, kelihatan 
warna pelangi terhasil dari 'lapisan tipis minyak - 
mungkin setebal satu molekul' menurut Doug Helton, 
penyelaras operasi kejadian untuk NOAA.

Tompok-tompok hitam minyak bergerak mengikut aliran air, 
jauh dari punca kebocoran.

Gambar satelit, 26 April, 2010, sebuah kapalterbang kecil melintas 
di atas 'peparit' minyak berwarna karat yang kelihatan di 
permukaan air.

Satu 'sungai' minyak mentah merentasi permukaan Teluk, gambar 
dari udara, 28 April, 2010.

Sebuah kapalterbang menyembur bahan kimia dalam salah satu usaha 
untuk menghalang minyak dari terus melebar jauh menuju ke pantai.

Ulasan