Spesies ikan yang ada 'tangan'


Ikan ini tidak menggunakan siripnya untuk berenang, tetapi untuk berjalan di dasar laut. Baru-baru ini diadakan satu pengumuman saintifik berkenaan sembilan spesies ikan ini dijelaskan sebagai kumpulan 'handfish'.

Penentuan spesies adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk jumlah tulang dan sirip, warna, sisik dan duri, dan kadar ukuran, menurut Daniel Gledhill dari CSIRO (Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation) Australia.

Berbanding spesies ikan lain, ikan ini kurang diketahui tentang biologi dan perilaku kerana belum banyak kajian dibuat ke atas ikan tersebut.


Ikan ini bergerak perlahan, mudah ditangkap oleh pemangsa, tapi penyelidik berpendapat 'handfish' mempunyai senjata rahsia: kulit beracun.

Handfish merah yang hanya boleh ditemui di sekitar pulau di selatan Tasmania.

Semua spesies 'handfish' yang diketahui setakat ini, hanya ditemui di sekitar laut cetek tenggara Australia.

Ikan Belodok = Ikan Temakul = Handfish(?)

Ulasan