Ular Terbesar

Benar kah ada ular sebesar ular di dalam filem ‘Anaconda’?

Memang ada, tapi tak mungkin kita akan menemuinya lagi kerana ular yang paling besar pernah wujud (yang diketahui setakat ini), berbentuk seperti Anaconda atau Boa, hidup di hutan hujan tropika yang panas sekitar 60 juta tahun dahulu.


Gambar dihasilkan oleh Jason Bourque, Universiti Florida.

Ular ini dinamakan Titanoboa cerrejonesis. Fossil yang ditemui di lombong arang batu Cerrejon di timur laut Colombia menunjukkan reptilia ini berukuran sekurang-kurang nya 13 meter dan berat dianggarkan 1,140 kilogram, menurut saintis.

Selengkapnya di Science20

Ulasan