'Henfon’ atau telefon bimbit, merupakan satu alat komunikasi yang hampir semua orang memilikinya. Merujuk di PRPM@DBP, telefon ditakrifkan sebagai 'alat untuk bercakap dengan orang di tempat jauh atau di tempat lain (dengan menggunakan tenaga dan kawat)'. Telefon bimbit pula ditakrifkan sebagai 'telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang'.
Jelas di sini apa yang ditakrifkan adalah berpandukan kepada cara kita membawa dan fungsi asal telefon - untuk bercakap. Tapi cuba kita perhatikan telefon bimbit sekarang, keupayaannya berkembang melebihi nama nya. Dengan kemajuan teknologi yang meningkat dan pasaran yang luas, syarikat pengeluar telefon bimbit saling berlumba mengeluarkan hasil terbaru dengan ‘menyumbatkan’ beberapa peranti lain ke dalam telefon ‘high-end’ mereka. Dari hasil kepakaran mereka maka wujud lah telefon bimbit yang mempunyai kamera 12 mp, perakam video definasi tinggi 720p, pelayar internet dengan flash player 9.4 dan pemproses 1 GHz (hampir separuh kelajuan kebanyakan pc). Terdapat juga telefon bimbit yang mampu menayangkan video dari berbagai format termasuk DivX/XviD dan mempunyai sambungan ‘tv-out’.
Pada pertengahan tahun 80an, membawa telefon bimbit memang seharus nya dibimbit kerana ianya memang sebesar beg bimbit (mcm puisi je ayat ni). Dengan saiz sebesar itu dan harga yang hanya orang kaya sanggup beli (sekitar RM10,000), peranti yang ada.. jam saja (khidmat rangkaian ATUR 450, SMS pun takda).
Kalau kita bandingkan teknologi pembuatan telefon bimbit dahulu, jauh.. sayup mata memandang ditinggal teknologi pembuatan telefon bimbit sekarang. Dari sebesar beg dan mahal menjadi sekecil kotak rokok dan murah (tak la murah sangat). Kalau dulu hanya ada jam, sekarang padat dengan peranti lain dan semua peranti ini diselitkan bukan secara tangkap muat. Ia berfungsi dengan baik dan praktikal, contoh.. penggera telefon bimbit sudah pasti mampu mengejutkan kita dari tidur menggantikan jam loceng.
Persaingan dan permintaan yang ada, menjadikan industri serta teknologi pembuatan telefon bimbit terlalu cepat berkembang. Model telefon bimbit yang dianggap tercanggih hanya 3 atau 4 tahun lepas pun sudah tertutup kecanggihan nya dengan telefon bimbit tercanggih masa kini. Reka bentuk terbaru dengan prestasi yang semakin ‘ganas’ membuatkan pengguna terpukau untuk melupakan telefon bimbit lama mereka. Bermula dari telefon bimbit yang ‘power’ berharga mencecah hampir RM3,000 hingga kepada ‘telefon bimbit asli’ berharga sekitar RM100 berada di pasaran negara kita. Berbagai model boleh dipilih mengikut kemampuan dan kesesuaian serta minat pembeli. Sesetengah dari kita sanggup berbelanja lebih untuk memastikan telefon bimbit tercanggih berada dalam genggaman, membolehkan mereka bukan saja ‘membimbit’ telefon, tetapi juga ‘membimbit’ jam, kalkulator, kamera, radio, pemain mp3, perakam video, perakam suara, alat GPS, alat permainan, pelayar internet dan berbagai lagi ‘terbimbit’ sekali, hanya dalam satu saku.
Keajaiban telefon bimbit (kini orang panggil smatfon) telah menjulangnya sebagai antara alat yang paling laris jualannya. Tauke kedai jam loceng pun ramai yang telah menukar bisnes mereka, buka kedai telefon bimbit pula.. mm.. lawak je.
Menurut statistik ITU sebanyak lebih kurang 4.6 billion telefon bimbit telah terjual di seluruh dunia sehingga akhir tahun 2009 dengan Nokia sebagai pengeluar terbesar.
(Nak membeli telefon bimbit? Semak harga di Mobile88. Ini bukan promosi, cuma nak beritahu jangan sampai kita tertipu dengan peniaga yang meletakan harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran.)

Ulasan