Marlin biru adalah salah satu ikan terbesar di dunia dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai ikan yang tercantik di lautan, menghabiskan sebahagian besar hidupnya di lautan dalam.
Ikan Marlin biru seberat 1805 pound, di Honolulu pada tahun 1970, dikatakan ikan Marlin terbesar pernah dipancing. |
Mendiami perairan tropika dan subtropis dari Lautan Atlantik, Pasifik, dan Lautan Hindi, Marlin biru adalah ikan yang paling dikenali. Berwarna biru di atas dan putih keperakan di bahagian bawahnya, dengan sirip yang panjang, rahang atas berbentuk tombak.
Ikan ini suka berhijrah, mengikuti arus laut hangat, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kilometer jauhnya. Makarel dan tuna adalah makanan kegemaran tapi ikan ini juga memakan sotong. Dengan menggunakan rahang atas yang tajam, Marlin biru akan berenang dengan amat pantas menembusi sekumpulan ikan, kembali semula memakan ikan yang tak mampu lagi berenang kerana tercedera.
Ulasan