Kejadian petir telah berlaku di tengah dan sekitar kepulan debu, di atas gunung berapi Eyjafjallajökull. Debu yang telah membuatkan semua penerbangan kapalterbang dari dan ke Eropah tergendala selama lebih kurang seminggu “tidak seperti ribut petir biasa,” kata Martin Uman, seorang pakar petir dari Universiti Florida di Gainesville.
Bahan-bahan yang ada seperti titisan air, ais, dan mungkin hujan ais bertindak balas antara satu sama lain, dalam kes ini abu dari letusan turut menjadi penyebab elektrik tercas. Berbunyi bagai simfoni, contohnya, kilat yang kecil di antara 9 meter hingga 91 meter menghasilkan bunyi seperti tembakan rifel manakala kilat yang lebih besar berbunyi seperti bunyi kilat yang biasa kita dengar, Uman menjelaskan.
Ulasan